Friday, March 19, 2010

KEJOHANAN TENIS TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR ACHEH

Tahniah diucapkan kepada Tabung kebajikan pelajar Aceh dan Al-Zikra telah berjaya melaksanakan pertandingan Tenis. Peserta pertandingan adalah 14 orang yang dibagi kepada dua kumpulan iaitu Satria dan Ayam. Pertandingan adalah Tiebreak 10, sistem round robin. Kumpulan ayam adalah Rahmatillah, Armia, Rinaldi, Nabil, Yusuf, Syamil dan Firdaus manakala kumpulan Satria adalah Cherlili, Juanda, Asrizal, amirul, Fajri, Najid dan Syahmi.
Johan kumpulan Ayam adalah Armia dan Naib Johan adalah Rahmatillah, manakala Johan kumpulan Satria adalah Cherlili dan naib johan adalah Juanda. Johan dan naib Johan Kumpulan maju ke semifinal dan pertandingan satu set mata penuh iaitu 6. Johan kumpulan Ayam lawan naib johan kumpulan Satria dan Johan Kumpulan Satria lawan naib johan kumpulan Ayam. Cherlili berjaya mengetepikan Rahmatillah 6-2, Armia berjaya memenangi perlawanan dengan mata 6-4.
Puncak pertandingan menyaksikan Armiya berjaya menjadi johan dengan memenangi duel dengan Cherlili dengan mata 6-3. Urutan ketiga dicatat oleh Juanda dengan mengetipkan Rahmatillah dengan mata 6-2. penyampaian hadiah disampaikan oleh Encik Husein (Bekas Jurulatih UKM) dan juga Ustaz Faisal

No comments:

Post a Comment