Friday, March 19, 2010

BELAJAR TENIS BERSAMA JURULATIH YUHARDI DARIPADA BIG ACE

Tahniah kepada semua peserta Coaching Tenis anjuran Al-Zikra yang dilatih oleh Jurulatih YUhardi daripada Big Ace. Peserta Coaching Tennis adalah Armia, Amirul Fadli, Asrizal, Firdaus, Fajri, Muhammad Cherlili, Muhammad Juanda, Rahmatillah, Rinaldi, Yusuf Qardhawi, Zikri. Peserta Coaching Tennis selain daripada pelajar-pelajar Aceh yang join sekali adalah Najib, Nabil, Syahmi, Syamil, Suakir, Muhammad Faez.

Coaching adalah Isnin sampai Kamis bermula jam 8.00 sampai 10.00 am. Alhamdulillah minat yang ditunjukkan oleh peserta cukup memberangsangkan sehingga Jurulatih berminat untuk melatih mereka sampai menjadi pemain yang boleh bersaing peringkat Negeri dan bahkan Negara suatu hari nanti. Coaching akan diteruskan pada cuti sekolah akan datang. Bayaran yang dicaj adalah RM100 selama 2 jam coaching, Tabung Kebajikan Pelajar Acheh perlukan penaja untuk membayar Jurulatih pada masa yang akan datang. Dialu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menaja coaching tenis pelajar-pelajar Acheh.
Terimakasih diucapkan kepada Cikgu Huda yang telah menderma 6 raket tenis pada hari kamis (18/03/2010). Raket masih baik lagi dan pelajar-pelajar Aceh sangat bahagian dapat raket baru sebab sebelum ini raket tidak cukup.

No comments:

Post a Comment