Thursday, August 12, 2010

TAHNIAH ATAS TERPILIHNYA MUHAMMAD JUANDA SEBAGAI WAKIL SEKOLAH UNTUK PERTANDINGAN ROBOTIK

Tabung Kebajikan Pelajar Aceh mengucapkan tahniah kepada Muhammad Juanda atas terpilihnya sebagai Wakil Sekolah menengah Arab Tahfiz (SMAT) dalam Pertandingan Robotik peringkat Sekolah menengah se Malaysia. SMAT adalah satu-satunya sekolah swasta yang menyertai pertandingan tersebut. Alhamdulillah SMAT menduduki peringkat sembilan dalam penyertaan tersebut.
Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi pelajar Aceh di bawah jagaan Tabung Kebajukan Pelajar-pelajar Aceh di Malaysia.

Wednesday, August 11, 2010

BELAJAR BADMINTON BERSAMA COACH SAZLEE MOHD DARI NUSAJAYA BADMINTON CLUB

Alhamdulillah Cuti Sekolah Penggal pertama telah berjaya menjemput Coach Sazlee Mohd (Former BAM Academy and State Player) untuk mengajarkan asas-asas permainan Badminton. Alhamdulillah anak-anak cukup gembira dapat belajar main badminton daripada bekas pemian profesional tersebut. Tindak balas daripada coaching tersebut telah memberi semangat kepada mereka untuk training berterusan sehingga mereka telah membawa raket badminton ke sekolah sehingga dapat main pada hujung minggu.

Saya sentiasa merancang program cuti sekolah untuk anak-anak Aceh tersebut, kendala yang sering dihadapi adalah tidak ada penaja setiap aktiviti tersebut. Adapaun rancangan aktiviti ke hadapan adalah menghantar mereka ke kelas renang di UKM di bawah bimbingan Bekas Perenang Malaysia...Yuran penyertaan sepatutnya RM300 per pelajar sebanyak 10 sesi selepas perbincangan yuran di diskaun menjadi RM100 per pelajar untuk 10 sesi.

Sesiapa yang berminat boleh lah menghubungi Faisal bin Abdurrahman 019-3568602