Sunday, February 7, 2010

ARIEF HIDAYAT (YATIM MANGSA TSUNAMI)

Nama : Arief Hidayat
Tarihk Lahir : 22 Oktober 1987
Tempat Belajar : Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti : Teknologi Sains Maklumat
Keputusan
Semester I : 2.20, II : 1.6, III : 2.50, IV : 2.75, V : 3 dan VI : 2.5.
Nama Ayah : Bustami Usman
Nama Ibu : Darwani Sulaiman
Akaun Bank : 1278-0000073-20-5 (CIMB)
" Terima kasih sudi membantu untuk meringankan biaya yang harus saya tanggung sungguhpun sudah separuh belajar, terima kasih.

Tuesday, February 2, 2010

SAMBUTAN AIDHUL ADHA 2009

Alhamdulillah perayaan Aidil Adha yang lepas, anak-anak Aceh beraya di Rumah Bangi kecuali Armya, Yusuf Qardawi, Amirul Fadli dan Zikri beraya di sekolah Almanar kelantan. Hariraya Kali ini diserikan lagi oleh kedatangan saudara Nazmi (Saudara Baru dari Sabah), Jam 7.30 kami dijemput oleh Akhi Mustafa Kamal dan anaknya untuk menunaikan shalat Aidil Adha di Masjid UPM.

Selepas shalat kami ke rumah akhi Mustafa Kamal untuk menjamu selera, anak-anak cukup gembira ditambah lagi dengan kedatangan satu keluarga dari Pakistan untuk beraya bersama (kawan akhi Mustafa Kamal). Selesai menjamu selera kami beraya ke rumah Profesor Halim di Seksyen 3. Kemudian balek ke rumah dan berehat.



Hari kedua saya membawa anak-anak Aceh pergi ke Swimming Pool UKM.

Aktiviti Pelajar selaam cuti Sekolah Hujung tahun 2009

1. Belajar Tenis
Untuk mengisi masa selama cuti sekolah maka saya buat klinik tenis untuk anakanak Aceh. Saya ajar mereka tenis, alhamdulillah hasil memberangsangkan. Klinik bermula jam 8 sampai 10 pagi setiap hari ini sampai kamis.

2. Mengulang Hafazan
Balek daripada klinik tenis, 10.30 anak-anak melanjutkan hafazan yang dibimbing oleh ustaz Ma'afi (sedang belajar Master di UKM berasal dari Aceh) sehingga jam 11. Program diteruskan dengan masak tengahari dan makan, salat zuhur dan ulang mengaji rehat petang. Anak-anak akan mengulang hafazan setiap hari selepas subuh, lepas zuhur dan lepas Magrib serta Isya masing-masing 30 minit selain kelas dengan ustaz Ma'afi jam 10 sampai 11 pagi.

3. Swimming Pool
Dalam seminggu dalam 2 kali saya akan bawa anak-anak ke Swimming Pool UKM, alhamdulillah anak-anak ceria sambil belajar berenang. Bahkan saya buat perlumbaan berenang sesama sendiri, juara akan diberikan hadiah.

4. Bakar Ikan
alhamdulillah saya bersama anak-anak dan kawan telah menjayakan program bakar ayam dan Ikan di rumah bernombor 117 taman Bangi 3 selepas shalat Isya. Program bakar ikan diserika oleh El-Wady dan Wan Hafiz dan beberapa remaja taman Bangi 3.

5. Ikut kejohanan Futsal Taman Bangi 3Terbuka
Tanpa disangka keikutsertaan anak-anak aceh telah menjadi Johan kategori umur 14 tahun ke bawah sungguhpun tidak ada latihan dan perancangan khas hanya suka-suka sahaja.

6. Larian Ma'al Hijrah Bangi Perdana
Anak-anak juga telah mengikuti larian Ma'al Hijrah anjuran Taman Bangi perdana sungguhpun tidak keluar sebagai Johan tetapi telah berusaha dengan sungguh-sungguh. Harap anak-anak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan tidak merasa asing di Malaysia.