Sunday, September 27, 2009

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN ACEH DAN NASYID

Alhamdulillah pada 27 September 2009 anak-anak membaca Alquran surat An-Nisa ayat 1-3 oleh Amirul Fadli dan Tafsir oleh Rinaldi. Kemudian dilanjutkan dengan persembahan nasheed oleh semua pelajar, solonya Muhammad Juanda. Persembahan kebudayaan Aceh iaitu Likok Pulo yang dimainkan oleh Firdaus, Yusuf, Amirul, Armiya, Asrizal, Cherlili dan Rinaldi. Likok pulo bermaksud gerak tubuh, pada asalnya dimainkan oleh lapan orang pemuda yang meraikan/mensyukuri tangkapan ikan di laut.

Likok pulo dan juga tari-tari yang lainnya pada asalnya digunaka n sebagai media penyebaran islam di Pasai Aceh, masyarakat Aceh pada asalnya adalah beragama Hindu. Sebagaimana sama-sama kita maklum orang Hindu menyukai musik, oleh itu para pendakwah masa itu menggunakan media musik untuk penyebaran islam. Ini adalah bait-bait syair yang dinyanyikan dalam tari Likok Pulo.

Saturday, September 26, 2009

LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM DARUL IZZAH


Alhamdulillah anak-anak telah membuat lawatan untuk yang kedua kalinya ke Rumah Anak Yatim Darul Izzah pada 26 September 2009 selepas Shalat Magrib. Program bermula dengan shalat Isyak berjamaah yang diimamkan oleh Muhammad Juanda, kemudian diteruskan dengan perlawanan Badminton yang dimulai dengan perlawanan Beregu pertama yang diwakili oleh Armiya/Juanda melawan Amirul dan Helmi dengan keputusan 17-21, 21-15 dan 21-19, tunggal diwakili oleh Asrizal melawan Farid dengan keputusan 14-21 dan 13-21 serta beregu kedua diwakili oleh Amirul/Yusuf melawan Aniq/Mirza dengan keputusan 19-21, 21-16 dan 21-16. Dalam masa yang sama juga dilakukan perlawanan Tenis Meja tunggal yang diwakili oelh Cherlili melawan Mirza dengan keputusan 21-14, 21-7, tunggal kedua diwakili oleh Rinaldi melawan Amirul dengan keputusan 21-16, 21-17 serta Tunggal ketiga diwakili oleh Fajri melawan Anik dengan keputusan 25-24 dan 21-16.

Kemudian dilanjutkan dengan persembahan kebudayaan Aceh iaitu Tari Likok Pulo. Likok pulo pada asalnya adalah ekspresi kesyukuran pemuda-pemuda Aceh sebab Allah telah memberikan rezeki yang melimpah dari hasil laut. Kandungan syairnya bermula dengan salam, puji kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah, nasihat-nasihat semua dalam bahasa Aceh. Program berakhir dengan jamua hari raya dan balek ke rumah jam 11.00 PM

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI


Alhamdulillah sambutan hari raya Aidil Fitri pada tahun ini (20 September 2009), pertama kalinya anak-anak menyambut Aidil Fitri dengan memakai baju raya iaitu baju melayu. Biasanya ustaz Faisal hanya beli baju raya iaitu baju T-Shirt atau Kemeja atas pertimbangan penggunaan tidak terhad. Alhamdulillah atas bantuan Jemaah Islah Malaysia Pusat peruntukan baju raya, selepas perbincangan semua anak-anak bersetuju untuk membeli baju melayu.

Pada malam hari raya (19 September) anak-anak telah dijemput ke rumah Ustaz Zamri (Imam Surau Abdurrahman Bin Auf Taman Bnagi 3) selepas shalat Isya. Shalat sunat Aidil Fitri dilakukan di Surau Bangi Perdana Bandar Baru Bangi, aktiviti dilanjutkan dengan beraya ke rumah Prof Halim dan Kak Azian di seksyen 3. Alhamdulillah anak-anak membuat persembahan dengan menyanyikan lagu patriotik Aceh.

Sampai sahaja di rumah DR Badrol dan Makcik Zuriati Noor telah menjemput untuk beraya di rumah beliau di Sungai Merab. Semasa beraya di Rumah DR Badrol anak-anak juga membuat persembahan dengan merakamkan beberapa ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Amirul Fadli dan dilanjutkan dengan Nasheed Aceh oleh Firdaus dan dialih bahasa oleh Zikri.

Hari raya kedua (21 September 2009) anak-anak hanya berehat di rumah sahaja, hanya malamnya beraya ke rumah Haji Isnan (Jiran sebelah kiri rumah). Sambutan hari raya ketiga (22 September 2009) dilanjutkan dengan melawat Sunway Lagoon. Alhamdulillah anak-anak cukup gembira. Ini adalah pengalaman pertama bagi Cherlili, Firdaus, Nanda Fajri, Rinaldi dan Rahmatillah.

Sesampainya di Serdang, tuan Zairul telah menjemput di stesyen kereta api untuk beraya di rumah beliau pulak. Sisi ta'aruf dan perbincangan tuan Zairul dengan anak-anak serta makan-makan sampai jam 10.30.

Hari Raya ke lima (25 September) anak-anak telah menjemput Suhaib dan kawan-kawan untuk datang beraya ke rumah. Alhamdulillah diisi dengan makan rendang bersama nasi dan dilanjutkan dengan sesi Ta'aruf serta kata-kata nasihat atau motivasi yang diberikan oleh Abdurrahman (Sekolah Al-Amin Bangi persiapan SPM tahun ini).

Di malam harinya kami juga kedatangan tetamu iaitu Bro Johanes Lukas (Pegawai dakwah kepada non muslim Jemaah Islah Malaysia). Alhamdulillah diisi dengan makan kue raya dan minuman ringan sahaja, sisi ta'aruf diisi kisah penghijrahan Aqidah Bro Johanes daripada seorang penganut agama Kristian Roman Katholik (harapan keluarga untuk menjadi seorang paderi) menjadi seorang penganut Islam yang aktif dalam bidang-bidang dakwah terutama dakwah non muslim. Beliau juga membandingkan perbadingan akidah di dalam agama kristian dengan islam sehingga beliau akhirnya kembali kepada Islam. Beliau juga memberikan tip-tip supaya adek-adek dapat berjaya dengan menjaga jemaah shalat lima waktu.

JEMPUTAN BERBUKA PUASA

Alhamdulillah Armiya, Yusuf dan Amirul sampai di Bangi pada 6 September 2009, mereka dijemput berbuka puasa pada 7 September 2009 di rumah pasangan Prof Abdul Halim dan Puan Nur Azyan Abdul Aziz di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Buka puasa bersama keluarga adik-beradik keluarga mereka.
Alhamdulillah pada 18 september anak-anak yatim dan Fakir Aceh di bawah jagaan TKPA telah dijemput berbuka puasa di rumah Haji Hamzah di Ampang Point. Sebelum berbuka Hj ta'aruf dengan anak-anak, diteruskan dengan berbuka puasa di Rumah Tuan Haji dan Shalat Magrib yang diimamkan oleh Ustaz Syukri dari Pahang (Tahfiz lulusan Darul Qur'an dan Mesir). Selepas shalat Magrib berjamaah yang diimamkan oleh Ustaz Syukri Lulusan Mesir dan bekas pelajar Darul Quran. Diharapkan sangat dengan kemerduan suara ustaz Syukri dan kelancaran ayat-ayat yang dibacakan oleh ustaz Syukri akan memberi semangat kepada anak-anak untuk terus berusaha dengan sepenuh hati untuk menghafaz.

Selepas Shalat Magrib program diteruskan dengan makan Buffet di Restoran Bazaar (masakan Pakistan). Semasa makan Ustaz Syukri juga telah memberi tip supaya dapat menjaga hafazan dengan baik. Kemudian balek semula ke rumah Tuan Haji dan diteruskan dengan Shalat Tarawih dan Tazkirah tentnag ayat-ayat yang dibacakan senmasa Tarawih. Murei diteruskan selepas Tarawaih, Alahamdulillah layanan yang cukup baik daripada Haji Hamzah sehingga anak-anak cukup gembira dan Bahagia.

Tuan haji juga mengalu-alukan anak-anak untuk datang ke rumah beliau semasa cuti sekolah, beliau akan menjemput ustaz Syukri dari Pahang untuk membuat program di rumah beliau untuk anak-anak. Beliau juga telah menaja 6 orang-anak Aceh dengan perbelanjaan RM sebulan. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak yang telah menghubungkan anak-anak Yatim dan Fakir Aceh dengan pihak Haji Hamzah semoga Allah meridhaiNya.

Hari ke 29 Ramadhan (19 september 2009) anak berbuka di rumah Munandar dan Asmawati (Pelajar UKM berasal dari Aceh). Alhamdulillah anak-anak dapat makan masakan Aceh sebab sudah lama meridui makanan Aceh. Shalat Magrib dimamkan oleh Juanda dan dilanjutkan dengan Takbir Raya.

MUHAMMAD JUANDA DAN ASRIZAL DIPERCAYAI UNTUK MENJADI IMAM TARAWIH

Alhamdulillah berkat usaha yang gigih Muhammad Juanda dan Asrizal telah diberi peluang untuk menjadi imam tarawih di Surau di kawasan tempat belajar iaitu Pokok Sena Seberang Parai Utara Penang. Mengikut maklumat yang saya perolehi daripada Ustaz yang mengajar mereka masih banyak kelemahan semasa menjadi imam Terawih terutama banyak kesalahan dan ayat yang terlupa sungguhpun sudah cuba diperbetulkan oleh Jamaah tapi masih tak dapat meneruskan bacaan. Mengikut maklumat Muzir Sekolah, hal ini disebabkan oleh mereka tidak mengulang bacaan di siang hari sebelum menjadi imam.
Apapun Tahniah diucapkan kepada Muhammad Juanda dan Asrizal sudah ada pengalaman menjadi imam terawih, diharapkan kepada Kawan-kawan yang lain supaya menjadi pendorong untuk terus menghafal dan tingkatakan usaha untuk mengulang supaya hafazan lebih lancar sehingga mendapat peluang menjadi imam tarawih juga seperti Muhammad Juanda dan Asrizal.

PERTANDINGAN PERSAHABATAN BULUTANGKIS DENGAN ANAK YATIM DARUL IZZAH TERAS JERNANG

Alhamdulillah atas kerjasama Tabung Kebajikan Pelajar Aceh (TKPA) bersama Ahli Jawatan Kuasa Anak Yatim Darul Izzah Teras Jernang (Kak Gi) telah dilakukan pertandingan persahabatan Bulutangkis. Pertandingan yang dilangsungkan pada 17 September selepas shalat tarawih, Pertandingan terdiri daripada satu Tunggal Putra dan Satu Beregu Putra. TKPA diwakili oleh Armiya sebagai Tunggal melawan Farid dengan keputusan 18-21 dan 17-21, mulanya Armiya mendahului, tiba-tiba dia tergelincir dan Keseliu sehingga kalah kerana tidak dapat bergerak sangat.Manakala Beregu diwakili oleh Amirul/Yusuf dengan keputusan 16-21 dan 18-21.
Ini adalah pengalaman pertama mereka bermain Badminton di atas padang dengan sistem kiraan yang betul sebelumnya hanya pernah bermain di belakang rumah semasa cuti sekolah. alhamdulillah disebabkan kekalahan ini menyebabkan mereka lebih rajin berlatih Badminton semasa cuti sekolah.