Friday, March 19, 2010

KEJOHANAN TENIS TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR ACHEH

Tahniah diucapkan kepada Tabung kebajikan pelajar Aceh dan Al-Zikra telah berjaya melaksanakan pertandingan Tenis. Peserta pertandingan adalah 14 orang yang dibagi kepada dua kumpulan iaitu Satria dan Ayam. Pertandingan adalah Tiebreak 10, sistem round robin. Kumpulan ayam adalah Rahmatillah, Armia, Rinaldi, Nabil, Yusuf, Syamil dan Firdaus manakala kumpulan Satria adalah Cherlili, Juanda, Asrizal, amirul, Fajri, Najid dan Syahmi.
Johan kumpulan Ayam adalah Armia dan Naib Johan adalah Rahmatillah, manakala Johan kumpulan Satria adalah Cherlili dan naib johan adalah Juanda. Johan dan naib Johan Kumpulan maju ke semifinal dan pertandingan satu set mata penuh iaitu 6. Johan kumpulan Ayam lawan naib johan kumpulan Satria dan Johan Kumpulan Satria lawan naib johan kumpulan Ayam. Cherlili berjaya mengetepikan Rahmatillah 6-2, Armia berjaya memenangi perlawanan dengan mata 6-4.
Puncak pertandingan menyaksikan Armiya berjaya menjadi johan dengan memenangi duel dengan Cherlili dengan mata 6-3. Urutan ketiga dicatat oleh Juanda dengan mengetipkan Rahmatillah dengan mata 6-2. penyampaian hadiah disampaikan oleh Encik Husein (Bekas Jurulatih UKM) dan juga Ustaz Faisal

BERENANG DI KOLAM RENANG UKM

Renang adalah salah satu aktiviti yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Aceh selama Cuti sekolah. Pada Hari kahmis 18/06/2007 Pelajar-pelajar Acheh telah berlumba renang Gaya bebas jarak 100 meter, keluar sebagai Johan adalah Rahmatillah. Selepas itu diteruskan dengan lomba berenang yang paling banyak boleh melepasi lap juga dimenangi oleh rahmatillah dengan 6 pusingan jarak 50 meter.
Kemudian aktiviti diteruskan dengan melatih pelajar-pelajar Aceh yang belum pandai berenang dibawah bimbingan Ustaz Faisal. Terimakasih diucapkan kepada Ibrahim (Anak Kakak Azian) yang telah menghantar pelajar-pelajar Acheh ke Kolam renang UKM.

BELAJAR TENIS BERSAMA JURULATIH YUHARDI DARIPADA BIG ACE

Tahniah kepada semua peserta Coaching Tenis anjuran Al-Zikra yang dilatih oleh Jurulatih YUhardi daripada Big Ace. Peserta Coaching Tennis adalah Armia, Amirul Fadli, Asrizal, Firdaus, Fajri, Muhammad Cherlili, Muhammad Juanda, Rahmatillah, Rinaldi, Yusuf Qardhawi, Zikri. Peserta Coaching Tennis selain daripada pelajar-pelajar Aceh yang join sekali adalah Najib, Nabil, Syahmi, Syamil, Suakir, Muhammad Faez.

Coaching adalah Isnin sampai Kamis bermula jam 8.00 sampai 10.00 am. Alhamdulillah minat yang ditunjukkan oleh peserta cukup memberangsangkan sehingga Jurulatih berminat untuk melatih mereka sampai menjadi pemain yang boleh bersaing peringkat Negeri dan bahkan Negara suatu hari nanti. Coaching akan diteruskan pada cuti sekolah akan datang. Bayaran yang dicaj adalah RM100 selama 2 jam coaching, Tabung Kebajikan Pelajar Acheh perlukan penaja untuk membayar Jurulatih pada masa yang akan datang. Dialu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menaja coaching tenis pelajar-pelajar Acheh.
Terimakasih diucapkan kepada Cikgu Huda yang telah menderma 6 raket tenis pada hari kamis (18/03/2010). Raket masih baik lagi dan pelajar-pelajar Aceh sangat bahagian dapat raket baru sebab sebelum ini raket tidak cukup.

TAHNIAH KEPADA ZIKRI

Kami warga Tabung Kebajikan Pelajar Aceh mengucapkan tahniah kepada Zikri sebab berjaya mendapat keputusan SPM yang cukup baik. semoga kejayaan Zikri akan lebih memotivasi adek-adek yang lain untuk lebih berjaya dalam belajar.
Keputusan SPM Zikri tahun 2009
Bahasa Melayu B+
Bahasa Inggeris D
Pendidikan Islam A
Sejarah C+
Matematik D
Bahasa Arab Tinggi A
Matematik Tambahan G
Fizik E lulus
Biologi E lulus
Tasawwur Islam A
Pendidikan Al-Qur'an dan Al-Sunnah A
Pendidikan Syari'ah Islamiyah A.