Tuesday, February 2, 2010

Aktiviti Pelajar selaam cuti Sekolah Hujung tahun 2009

1. Belajar Tenis
Untuk mengisi masa selama cuti sekolah maka saya buat klinik tenis untuk anakanak Aceh. Saya ajar mereka tenis, alhamdulillah hasil memberangsangkan. Klinik bermula jam 8 sampai 10 pagi setiap hari ini sampai kamis.

2. Mengulang Hafazan
Balek daripada klinik tenis, 10.30 anak-anak melanjutkan hafazan yang dibimbing oleh ustaz Ma'afi (sedang belajar Master di UKM berasal dari Aceh) sehingga jam 11. Program diteruskan dengan masak tengahari dan makan, salat zuhur dan ulang mengaji rehat petang. Anak-anak akan mengulang hafazan setiap hari selepas subuh, lepas zuhur dan lepas Magrib serta Isya masing-masing 30 minit selain kelas dengan ustaz Ma'afi jam 10 sampai 11 pagi.

3. Swimming Pool
Dalam seminggu dalam 2 kali saya akan bawa anak-anak ke Swimming Pool UKM, alhamdulillah anak-anak ceria sambil belajar berenang. Bahkan saya buat perlumbaan berenang sesama sendiri, juara akan diberikan hadiah.

4. Bakar Ikan
alhamdulillah saya bersama anak-anak dan kawan telah menjayakan program bakar ayam dan Ikan di rumah bernombor 117 taman Bangi 3 selepas shalat Isya. Program bakar ikan diserika oleh El-Wady dan Wan Hafiz dan beberapa remaja taman Bangi 3.

5. Ikut kejohanan Futsal Taman Bangi 3Terbuka
Tanpa disangka keikutsertaan anak-anak aceh telah menjadi Johan kategori umur 14 tahun ke bawah sungguhpun tidak ada latihan dan perancangan khas hanya suka-suka sahaja.

6. Larian Ma'al Hijrah Bangi Perdana
Anak-anak juga telah mengikuti larian Ma'al Hijrah anjuran Taman Bangi perdana sungguhpun tidak keluar sebagai Johan tetapi telah berusaha dengan sungguh-sungguh. Harap anak-anak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan tidak merasa asing di Malaysia.

No comments:

Post a Comment