Saturday, September 26, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI


Alhamdulillah sambutan hari raya Aidil Fitri pada tahun ini (20 September 2009), pertama kalinya anak-anak menyambut Aidil Fitri dengan memakai baju raya iaitu baju melayu. Biasanya ustaz Faisal hanya beli baju raya iaitu baju T-Shirt atau Kemeja atas pertimbangan penggunaan tidak terhad. Alhamdulillah atas bantuan Jemaah Islah Malaysia Pusat peruntukan baju raya, selepas perbincangan semua anak-anak bersetuju untuk membeli baju melayu.

Pada malam hari raya (19 September) anak-anak telah dijemput ke rumah Ustaz Zamri (Imam Surau Abdurrahman Bin Auf Taman Bnagi 3) selepas shalat Isya. Shalat sunat Aidil Fitri dilakukan di Surau Bangi Perdana Bandar Baru Bangi, aktiviti dilanjutkan dengan beraya ke rumah Prof Halim dan Kak Azian di seksyen 3. Alhamdulillah anak-anak membuat persembahan dengan menyanyikan lagu patriotik Aceh.

Sampai sahaja di rumah DR Badrol dan Makcik Zuriati Noor telah menjemput untuk beraya di rumah beliau di Sungai Merab. Semasa beraya di Rumah DR Badrol anak-anak juga membuat persembahan dengan merakamkan beberapa ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Amirul Fadli dan dilanjutkan dengan Nasheed Aceh oleh Firdaus dan dialih bahasa oleh Zikri.

Hari raya kedua (21 September 2009) anak-anak hanya berehat di rumah sahaja, hanya malamnya beraya ke rumah Haji Isnan (Jiran sebelah kiri rumah). Sambutan hari raya ketiga (22 September 2009) dilanjutkan dengan melawat Sunway Lagoon. Alhamdulillah anak-anak cukup gembira. Ini adalah pengalaman pertama bagi Cherlili, Firdaus, Nanda Fajri, Rinaldi dan Rahmatillah.

Sesampainya di Serdang, tuan Zairul telah menjemput di stesyen kereta api untuk beraya di rumah beliau pulak. Sisi ta'aruf dan perbincangan tuan Zairul dengan anak-anak serta makan-makan sampai jam 10.30.

Hari Raya ke lima (25 September) anak-anak telah menjemput Suhaib dan kawan-kawan untuk datang beraya ke rumah. Alhamdulillah diisi dengan makan rendang bersama nasi dan dilanjutkan dengan sesi Ta'aruf serta kata-kata nasihat atau motivasi yang diberikan oleh Abdurrahman (Sekolah Al-Amin Bangi persiapan SPM tahun ini).

Di malam harinya kami juga kedatangan tetamu iaitu Bro Johanes Lukas (Pegawai dakwah kepada non muslim Jemaah Islah Malaysia). Alhamdulillah diisi dengan makan kue raya dan minuman ringan sahaja, sisi ta'aruf diisi kisah penghijrahan Aqidah Bro Johanes daripada seorang penganut agama Kristian Roman Katholik (harapan keluarga untuk menjadi seorang paderi) menjadi seorang penganut Islam yang aktif dalam bidang-bidang dakwah terutama dakwah non muslim. Beliau juga membandingkan perbadingan akidah di dalam agama kristian dengan islam sehingga beliau akhirnya kembali kepada Islam. Beliau juga memberikan tip-tip supaya adek-adek dapat berjaya dengan menjaga jemaah shalat lima waktu.

No comments:

Post a Comment