Friday, May 6, 2011

TUHAN UNTUK SEMUA

Alhamdulillah buku bertajuk TUHAN UNTUK SEMUA kary penulis yang pertama berjaya diterbitkan oleh PTS pada pesta buku Antara Bangsa PWTC. Alhamdulillah respon yang cukup baik daripada pembaca tentang kandungan buku ini, penjelasan yang mudah difahami dan menggunakan hujah yang sahih daripada Al-Qur'an dan Hadis serta saintifik.

Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan muslim yang bergiat aktif dalam usaha menyebarkan islam dan juga bukan Islam yang sedang mengkaji Islam. Buku ini juga sangat baik dihadiahkan kepada saudara-saudara kita yang belum menerima Islam.

Buku tersebut dapat ditempah melalui penulis Faisal Abdurrahman di talian 019-3568602 ataupun melalui email cikmu06@yahoo.com serta menghantar mesej ke inbox facebook faisal_achenes@yahoo.com. Harga buku RM12 untuk semananjung termasuk kos penghantaran dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak termasuk kos penghantaran menggunakan pos laju.

Saturday, November 27, 2010

TAHNIAH KEPADA MUHAMMAD JUANDA DAN ASRIZAL ATAS KHATAM 30 JUZUK

Tahniah kepada Muhammad Juanda atas kejayaan menghafaz Al-Qur'an 30 juzuk dalam masay yang ditetapkan sehinga mendapatkan tiket umrah percuma daripada Pengetua Sekolah Menengah Arab Tahfiz penang (Ust Fahmi).




Tahniah juga diucapkan kepada Asrizal atas kejayaan menghabiskan hafazan Al-Qur'an 30 juzuk dan terpilih sebagai hafazan terbaik. Kekalkan kejayaan tersebut dengan memperlancarkan hafazan dengan mengulang setiap masa sehingga tahun depan dapat terpilih menjadi Imam tarawih. Kejayaan anda menjadi dorongan kepada pelajar-pelajar Aceh yang dan sedang menghafaz Al-Qur'an.




Atas kejayaan tersebut Tabung Kebajikan Pelajar Aceh malaysia akan menaja tambang kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Aceh dalam program mengukuhkan ukhuwah dengan ibubapa dan orang-orang kampung.




Harapan daripada penjaga pelajar-pelajar Aceh supaya kejayaan Muhammad Juanda dan asrizal akan memebrikan semangat kepada pelajar-pelajar Aceh yang lain untuk segera menghabiskan hafazan masing-masing. Bermula tahun ajaran 2011 Muhammad Juanda dan Asrizal akan fokuskan persiapan SPM.

Selamat mengambil Peperiksaan STAM dan MUET

Tahniah diucapka kepada Zikri bin Sufian yang telah mengambil peperiksaan Sekolah Tinggi Arab Malaysia (STAM) dan Malaysian Univercity English Test (MUET) pada bulan Oktober dan November 2010 di Yayasan Kolej Kelantan. Sekarang sedang menunggu keputusan STAM dan MUET untuk melanjutkan pendidikan di Universiti tempatan ataupun Al-Azhar Mesir.

Sambutan Aidil Fitri 2010

Assalamualaikum warah matullahi waba rakatuh. Persediaan hari raya kali ini agak meriah, pelajar-pelajar telah ditaja baju raya oleh En. Syamsul beserta isteri, DR. Mazlan Kamis beserta kawan-kawan dan juga Kak Zakiah dan cik Suriati serta tuan dan puan yang tidak disebutkan nama di sini. Terima kasih banyak atas tajaan baju raya pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar telah dibelikan baju melayu sedondon.



Alahmdulillah, sambutan Aidil fitri tahun 2010 cukup sederhana bersama saudara baru Yeo Wee Kiat, Lukman Hakim dan Joannes Lukas. Hari pertama sebelah pagi beraya ke rumah prof Halim di seksyen 3 dan dan sebelah petang beraya ke rumah En. Wan syamsul di seksyen 3 Tambahan Bandar baru bangi. Hari kedua beraya ke seremban ke rumah salah seorang saudara baru Muhammad Daniel dan Terry, kemudian diteruskan dengan mandi laut di Port Dickson.
Hari ketiga beraya ke rumah Hj Zairul di Kampung Abu Bakar Baginda. Hari yang seterusnya beraya ke rumah DR. Mazlan Kamis. terima kasih semua atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar Acheh. Semoga Allah balas dengan yang lebih baik di Akhirat nanti. Tanpa sokongan tuan dan puan mungkin sambutan raya pelajar-pelajar Aceh kali ini tidak semeriah itu. Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatu.

Thursday, August 12, 2010

TAHNIAH ATAS TERPILIHNYA MUHAMMAD JUANDA SEBAGAI WAKIL SEKOLAH UNTUK PERTANDINGAN ROBOTIK

Tabung Kebajikan Pelajar Aceh mengucapkan tahniah kepada Muhammad Juanda atas terpilihnya sebagai Wakil Sekolah menengah Arab Tahfiz (SMAT) dalam Pertandingan Robotik peringkat Sekolah menengah se Malaysia. SMAT adalah satu-satunya sekolah swasta yang menyertai pertandingan tersebut. Alhamdulillah SMAT menduduki peringkat sembilan dalam penyertaan tersebut.
Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi pelajar Aceh di bawah jagaan Tabung Kebajukan Pelajar-pelajar Aceh di Malaysia.

Wednesday, August 11, 2010

BELAJAR BADMINTON BERSAMA COACH SAZLEE MOHD DARI NUSAJAYA BADMINTON CLUB

Alhamdulillah Cuti Sekolah Penggal pertama telah berjaya menjemput Coach Sazlee Mohd (Former BAM Academy and State Player) untuk mengajarkan asas-asas permainan Badminton. Alhamdulillah anak-anak cukup gembira dapat belajar main badminton daripada bekas pemian profesional tersebut. Tindak balas daripada coaching tersebut telah memberi semangat kepada mereka untuk training berterusan sehingga mereka telah membawa raket badminton ke sekolah sehingga dapat main pada hujung minggu.

Saya sentiasa merancang program cuti sekolah untuk anak-anak Aceh tersebut, kendala yang sering dihadapi adalah tidak ada penaja setiap aktiviti tersebut. Adapaun rancangan aktiviti ke hadapan adalah menghantar mereka ke kelas renang di UKM di bawah bimbingan Bekas Perenang Malaysia...Yuran penyertaan sepatutnya RM300 per pelajar sebanyak 10 sesi selepas perbincangan yuran di diskaun menjadi RM100 per pelajar untuk 10 sesi.

Sesiapa yang berminat boleh lah menghubungi Faisal bin Abdurrahman 019-3568602

Friday, March 19, 2010

KEJOHANAN TENIS TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR ACHEH

Tahniah diucapkan kepada Tabung kebajikan pelajar Aceh dan Al-Zikra telah berjaya melaksanakan pertandingan Tenis. Peserta pertandingan adalah 14 orang yang dibagi kepada dua kumpulan iaitu Satria dan Ayam. Pertandingan adalah Tiebreak 10, sistem round robin. Kumpulan ayam adalah Rahmatillah, Armia, Rinaldi, Nabil, Yusuf, Syamil dan Firdaus manakala kumpulan Satria adalah Cherlili, Juanda, Asrizal, amirul, Fajri, Najid dan Syahmi.
Johan kumpulan Ayam adalah Armia dan Naib Johan adalah Rahmatillah, manakala Johan kumpulan Satria adalah Cherlili dan naib johan adalah Juanda. Johan dan naib Johan Kumpulan maju ke semifinal dan pertandingan satu set mata penuh iaitu 6. Johan kumpulan Ayam lawan naib johan kumpulan Satria dan Johan Kumpulan Satria lawan naib johan kumpulan Ayam. Cherlili berjaya mengetepikan Rahmatillah 6-2, Armia berjaya memenangi perlawanan dengan mata 6-4.
Puncak pertandingan menyaksikan Armiya berjaya menjadi johan dengan memenangi duel dengan Cherlili dengan mata 6-3. Urutan ketiga dicatat oleh Juanda dengan mengetipkan Rahmatillah dengan mata 6-2. penyampaian hadiah disampaikan oleh Encik Husein (Bekas Jurulatih UKM) dan juga Ustaz Faisal