Sunday, February 7, 2010

ARIEF HIDAYAT (YATIM MANGSA TSUNAMI)

Nama : Arief Hidayat
Tarihk Lahir : 22 Oktober 1987
Tempat Belajar : Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakulti : Teknologi Sains Maklumat
Keputusan
Semester I : 2.20, II : 1.6, III : 2.50, IV : 2.75, V : 3 dan VI : 2.5.
Nama Ayah : Bustami Usman
Nama Ibu : Darwani Sulaiman
Akaun Bank : 1278-0000073-20-5 (CIMB)
" Terima kasih sudi membantu untuk meringankan biaya yang harus saya tanggung sungguhpun sudah separuh belajar, terima kasih.

Tuesday, February 2, 2010

SAMBUTAN AIDHUL ADHA 2009

Alhamdulillah perayaan Aidil Adha yang lepas, anak-anak Aceh beraya di Rumah Bangi kecuali Armya, Yusuf Qardawi, Amirul Fadli dan Zikri beraya di sekolah Almanar kelantan. Hariraya Kali ini diserikan lagi oleh kedatangan saudara Nazmi (Saudara Baru dari Sabah), Jam 7.30 kami dijemput oleh Akhi Mustafa Kamal dan anaknya untuk menunaikan shalat Aidil Adha di Masjid UPM.

Selepas shalat kami ke rumah akhi Mustafa Kamal untuk menjamu selera, anak-anak cukup gembira ditambah lagi dengan kedatangan satu keluarga dari Pakistan untuk beraya bersama (kawan akhi Mustafa Kamal). Selesai menjamu selera kami beraya ke rumah Profesor Halim di Seksyen 3. Kemudian balek ke rumah dan berehat.



Hari kedua saya membawa anak-anak Aceh pergi ke Swimming Pool UKM.

Aktiviti Pelajar selaam cuti Sekolah Hujung tahun 2009

1. Belajar Tenis
Untuk mengisi masa selama cuti sekolah maka saya buat klinik tenis untuk anakanak Aceh. Saya ajar mereka tenis, alhamdulillah hasil memberangsangkan. Klinik bermula jam 8 sampai 10 pagi setiap hari ini sampai kamis.

2. Mengulang Hafazan
Balek daripada klinik tenis, 10.30 anak-anak melanjutkan hafazan yang dibimbing oleh ustaz Ma'afi (sedang belajar Master di UKM berasal dari Aceh) sehingga jam 11. Program diteruskan dengan masak tengahari dan makan, salat zuhur dan ulang mengaji rehat petang. Anak-anak akan mengulang hafazan setiap hari selepas subuh, lepas zuhur dan lepas Magrib serta Isya masing-masing 30 minit selain kelas dengan ustaz Ma'afi jam 10 sampai 11 pagi.

3. Swimming Pool
Dalam seminggu dalam 2 kali saya akan bawa anak-anak ke Swimming Pool UKM, alhamdulillah anak-anak ceria sambil belajar berenang. Bahkan saya buat perlumbaan berenang sesama sendiri, juara akan diberikan hadiah.

4. Bakar Ikan
alhamdulillah saya bersama anak-anak dan kawan telah menjayakan program bakar ayam dan Ikan di rumah bernombor 117 taman Bangi 3 selepas shalat Isya. Program bakar ikan diserika oleh El-Wady dan Wan Hafiz dan beberapa remaja taman Bangi 3.

5. Ikut kejohanan Futsal Taman Bangi 3Terbuka
Tanpa disangka keikutsertaan anak-anak aceh telah menjadi Johan kategori umur 14 tahun ke bawah sungguhpun tidak ada latihan dan perancangan khas hanya suka-suka sahaja.

6. Larian Ma'al Hijrah Bangi Perdana
Anak-anak juga telah mengikuti larian Ma'al Hijrah anjuran Taman Bangi perdana sungguhpun tidak keluar sebagai Johan tetapi telah berusaha dengan sungguh-sungguh. Harap anak-anak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan tidak merasa asing di Malaysia.

Saturday, January 23, 2010

PERLUKAN PENAJA UNTUK BELAJAR TAHFIZ DI MALAYSIA


1. Hariss Munandar Bin Mustari (Yatim)

Tarikh lahir : 20/05/1996

Nama ayah : Mustari (Allahyarham)

Nama Ibu : Badriah

Anak ke tiga daripada enam beradik

Alamat : Pulo Tu, Simpang Tiga, Pidie, Aceh 24184


2. Fajri Hidayat (Yatim)

Tarikh lahir : 18/11/1996

Anak ketiga daripada 3 beradik

Nama ayah : Bukhari (allahyarham)

Nama Ibu : Suriati

Pekerjaan Ibu : Guru Sekolah Dasar (sekolah rendah)

Pendapatan : RM400

Alamat : Cot Ara, Simpang Tiga, Pidie, 24184

3. Safrizal bin Ridwan
Tarihk lahir : 21/10/1997

Anak ke 3 daripada 6 adik-beradik

Nama ayah : Ridwan

Pekerjaan : Kerja sawah

Nama ibu : Zainabon

Pekerjaan : Suri Rumah

Alamat : Riwat Daboh : Geulumpang Baro, pidie, Aceh
4. Andriadi bin Syarifuddin
Anak ke-2 daripada # adik beradik
Nama ayah : Syarifuddin
Nama Ibu : Karnila
Alamat : Paru Keude, Bandar Baru, Pidie, 24184, Aceh

PENYERAHAN BIAYA PENDIDIKAN DI UNIVERSITI ACEH

Bantuan pendidikan sebanyak RP 1.000.000 (satu Juta Rupiah) telah diserahkan masing-masing kepada Baihaki Bin Thaib, Asnawi Bin Abdurrahman dan Munawir Fahmi yang sedang belajar di Aceh. Baihaki belajar di Institut Agama Islam Negeri Banda Program Perbandingan Agama semester 5 dengan Purata Nilai Kumulatif 356, Munawir di Institut Agama Islam Negeri Banda Aceh Program Syari'ah semester 3 dengan
Purata Nilai Kumulatif 3.37 serta Asnawi di Universitas Malikussaleh Lhok Seumawe Aceh.
Bantuan tersebut diharapkan dapat membantu pelajar untuk membayar Yuran pengajian dan dapat meningkatkan prestasi belajar. Bantuan tersebut telah diserahkan secara simbolik di Terminal Kapal terbang Sultan Iskandar Muda Aceh pada 17 Jan 2010 pada pukul 11.am.
Kami sedangkan mengusahakan bantuan kewangan yang lebih layak dan cukup untuk membiayai pendidikan mereka sampai tamat. Setakat ini hanya ini yang mampu terkumpul. Ucapan terimakasih banyak kami ucapkan kepada pihak yang sudi membantu pelajar-pelajar tersebut semuga apa yang dilakukan mendapat keridhaan Allah. Amiii

Monday, October 5, 2009

JEMPUTAN MALAM AMAL NUSANTARA 2009




Anak-anak Yatim dan Fakir Aceh telah dijemput ke Malam Amal Nusantara pada Hari Sabtu 17 Oktober 2009 di PERMATA BANGI untuk menghadiri pelancaran program amal nusantara oleh President Jemaah Islah Malaysia dengan ucapan terimasih disampaikan kepada rakyat Malaysia oleh Adik Rinaldi dan membuat persembahan kebudayaan Aceh iaitu Tari Likok Pulo dan Nasyeed Acheh yang akan dipersembahkan oleh Firdaus, Asrizal, Rahmatillah, Rinaldi dan Nanda Fajri dipimpin oleh Ustaz Faisal.

Sunday, September 27, 2009

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN ACEH DAN NASYID

Alhamdulillah pada 27 September 2009 anak-anak membaca Alquran surat An-Nisa ayat 1-3 oleh Amirul Fadli dan Tafsir oleh Rinaldi. Kemudian dilanjutkan dengan persembahan nasheed oleh semua pelajar, solonya Muhammad Juanda. Persembahan kebudayaan Aceh iaitu Likok Pulo yang dimainkan oleh Firdaus, Yusuf, Amirul, Armiya, Asrizal, Cherlili dan Rinaldi. Likok pulo bermaksud gerak tubuh, pada asalnya dimainkan oleh lapan orang pemuda yang meraikan/mensyukuri tangkapan ikan di laut.

Likok pulo dan juga tari-tari yang lainnya pada asalnya digunaka n sebagai media penyebaran islam di Pasai Aceh, masyarakat Aceh pada asalnya adalah beragama Hindu. Sebagaimana sama-sama kita maklum orang Hindu menyukai musik, oleh itu para pendakwah masa itu menggunakan media musik untuk penyebaran islam. Ini adalah bait-bait syair yang dinyanyikan dalam tari Likok Pulo.