Tuesday, September 6, 2011
TAHNIAH ATAS KEJAYAAN ZIKRI MASUK UKM PADA 2011
Friday, May 6, 2011
TUHAN UNTUK SEMUA
Alhamdulillah buku bertajuk TUHAN UNTUK SEMUA kary penulis yang pertama berjaya diterbitkan oleh PTS pada pesta buku Antara Bangsa PWTC. Alhamdulillah respon yang cukup baik daripada pembaca tentang kandungan buku ini, penjelasan yang mudah difahami dan menggunakan hujah yang sahih daripada Al-Qur'an dan Hadis serta saintifik.
Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan muslim yang bergiat aktif dalam usaha menyebarkan islam dan juga bukan Islam yang sedang mengkaji Islam. Buku ini juga sangat baik dihadiahkan kepada saudara-saudara kita yang belum menerima Islam.
Buku tersebut dapat ditempah melalui penulis Faisal Abdurrahman di talian 019-3568602 ataupun melalui email cikmu06@yahoo.com serta menghantar mesej ke inbox facebook faisal_achenes@yahoo.com. Harga buku RM12 untuk semananjung termasuk kos penghantaran dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak termasuk kos penghantaran menggunakan pos laju.
Saturday, November 27, 2010
TAHNIAH KEPADA MUHAMMAD JUANDA DAN ASRIZAL ATAS KHATAM 30 JUZUK
Tahniah juga diucapkan kepada Asrizal atas kejayaan menghabiskan hafazan Al-Qur'an 30 juzuk dan terpilih sebagai hafazan terbaik. Kekalkan kejayaan tersebut dengan memperlancarkan hafazan dengan mengulang setiap masa sehingga tahun depan dapat terpilih menjadi Imam tarawih. Kejayaan anda menjadi dorongan kepada pelajar-pelajar Aceh yang dan sedang menghafaz Al-Qur'an.
Atas kejayaan tersebut Tabung Kebajikan Pelajar Aceh malaysia akan menaja tambang kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Aceh dalam program mengukuhkan ukhuwah dengan ibubapa dan orang-orang kampung.
Harapan daripada penjaga pelajar-pelajar Aceh supaya kejayaan Muhammad Juanda dan asrizal akan memebrikan semangat kepada pelajar-pelajar Aceh yang lain untuk segera menghabiskan hafazan masing-masing. Bermula tahun ajaran 2011 Muhammad Juanda dan Asrizal akan fokuskan persiapan SPM.
Selamat mengambil Peperiksaan STAM dan MUET
Tahniah diucapka kepada Zikri bin Sufian yang telah mengambil peperiksaan Sekolah Tinggi Arab Malaysia (STAM) dan Malaysian Univercity English Test (MUET) pada bulan Oktober dan November 2010 di Yayasan Kolej Kelantan. Sekarang sedang menunggu keputusan STAM dan MUET untuk melanjutkan pendidikan di Universiti tempatan ataupun Al-Azhar Mesir.
Sambutan Aidil Fitri 2010
Alahmdulillah, sambutan Aidil fitri tahun 2010 cukup sederhana bersama saudara baru Yeo Wee Kiat, Lukman Hakim dan Joannes Lukas. Hari pertama sebelah pagi beraya ke rumah prof Halim di seksyen 3 dan dan sebelah petang beraya ke rumah En. Wan syamsul di seksyen 3 Tambahan Bandar baru bangi. Hari kedua beraya ke seremban ke rumah salah seorang saudara baru Muh
ammad Daniel dan Terry, kemudian diteruskan dengan mandi laut di Port Dickson.
Hari ketiga beraya ke rumah Hj Zairul di Kampung Abu Bakar Baginda. Hari yang seterusnya beraya ke rumah DR. Mazlan Kamis. terima kasih semua atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar Acheh. Semoga Allah balas dengan yang lebih baik di Akhirat nanti. Tanpa sokongan tuan dan puan mungkin sambutan raya pelajar-pelajar Aceh kali ini tidak semeriah itu. Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatu.
Thursday, August 12, 2010
TAHNIAH ATAS TERPILIHNYA MUHAMMAD JUANDA SEBAGAI WAKIL SEKOLAH UNTUK PERTANDINGAN ROBOTIK
Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi pelajar Aceh di bawah jagaan Tabung Kebajukan Pelajar-pelajar Aceh di Malaysia.
Wednesday, August 11, 2010
BELAJAR BADMINTON BERSAMA COACH SAZLEE MOHD DARI NUSAJAYA BADMINTON CLUB
Saya sentiasa merancang program cuti sekolah untuk anak-anak Aceh tersebut, kendala yang sering dihadapi adalah tidak ada penaja setiap aktiviti tersebut. Adapaun rancangan aktiviti ke hadapan adalah menghantar mereka ke kelas renang di UKM di bawah bimbingan Bekas Perenang Malaysia...Yuran penyertaan sepatutnya RM300 per pelajar sebanyak 10 sesi selepas perbincangan yuran di diskaun menjadi RM100 per pelajar untuk 10 sesi.
Sesiapa yang berminat boleh lah menghubungi Faisal bin Abdurrahman 019-3568602
Subscribe to:
Posts (Atom)